Friday 5 October 2012

Natural Beauty Or Fake.?!!

Assalamualaikum..
Hi..

.. Kecantikan Seseorang Wanita .. 

Adakah ianya asli atau palsu atau dipanggil plastic surgery atau makeup tebal 3inch.. Kenal Barbie doll tak.?? Sapa pernah main benda alah ni....
Minah ni wat tanya lak, Wahal kecik-kecik dia yang tergedik-gedik ngangis guling-guling atas lantai shopping mall nak barbiee....
Eh eh aku cakap pasal se.. se.. sapa nih..  -Tak nak ngaku-

Tapi bila dah meningkat dewasa.. Teringin nak jadi cantik macam barbie doll.. Tak boleh dinafikan sebab kehidupan orang perempuan memang dah sebati dengan makeup.. (Termasuk aku)   Siap dengan tutorial makeup dekat Youtube lagi tuh.. Tak pe, orang tua-tua kata peturunkan ilmu sambil mencari rejeki.. (Selam minum air)  Yang buatkan akhu nahik heran sangat.. Ape hal la nak sangat jadi Barbie doll terus.?? Chucky tak nak jadi plak... (Cik Bunga yang comel aje yang sudi makeup..) I sallut you bunga.!! Tapi ada yang terlalu obseso nak try jadi Barbie Doll..

Actually ada 3 aweks yang buatkan aku betul-betul terpegun dan minat untuk selam internet search pasal diaorang.. Seriusly diaorang terlalu cantik, cun and cute sangat bagi aku.. Tapi ori ke or copy paste ke..?? Apa yang aku meraban aku pun tak paham..



Baru-baru ni ada keluar news about this Ukraine girl yang bernama Anastasiya Shpagina, 19 years old.. Makeupnya ala anime Flower Fairy.. Katenyer di dalam facebook " I'm not a like a doll, a doll is like me "..
Mentang-mentang dah femes... ( -_-" )
First time aku tengok.. Mak i pandai giler siot dia makeup.. seriusly macam anime Jepang, memang terpegun ku melihat hasil lukisannya yang halus..

Tapii... lama-lama aku menengok naik serem plak, sekali pandang juling pun ada..
Eeee.. jahat muhot kau eyla.. Juling-juling air jer kot... Muehehehe.. ^^




Then... Patung Barbie Doll ni kawan dia.. Namanya Valeria Lukyanova jugak berasal dari Ukraine, 21 years old.. Valeria ni memang sejibik macam Barbie, orang kata life dia pun dah macam Barbie, orang gelar dia "Human Barbie Doll"
First time aku tengok nak tersembol mato den.. Indahnya ciptaan tuhan, bila try search dalam Mr.Google.. Ek eleh ciplak..  (Sonok kau eyla mengomen orang..)

Boleh tahan cun jugak lar.. Depands on her makeup kekadang nampak barbie, kekadang nampak lain.. Tapi dia tetap nampak cantik lar.. Mahunya tak comel model Rusia la kata kann....


Sememangnya diaorang ni cantik tapi keaslian dan kesahihannya masih jadi tanda tanya sebabnya ada gambar dahulu dan sekarang teramatlah berbeza.. Wallahhualam.... Apa kata.. Kita cuba try simbah makeup remover dekat diaorang.. Compom dapat jawapan, mesti cun kan.. Hakss.!! Luntur segala ketebalan lukisan dimukamu hanya tinggal natural beauty..




And the last girl yang buatkan aku betul-betul terpegun dan cair tengok muka dia.... Dan tak jemu-jemu aku menengok dia, sampaikan asyik menyebut nama dia.. Kalah orang bercinta.. (Aku memang tak boleh nengok orang cute, mula la panas bontot..) Comelnyaaa... Aaaaaaa....

"Dakota Rose" atau dikenali "Kotakoti".. Aweks ni mix.. US + Jepun = JepUs, she 17 years old.. Seriusly memang comel sangat.. mimik muka dia dalam Youtube yang cute.. Alaahai... Bertuah sapa dapat buat dia jadi bini, sejuk mata memandang ek.. Tapi kalau tido dia makeup jugak ker.????

Comelnyaaa... Suka sangat.!!! ( ^-^ )
Nak jer aku robek muka dia then tampal kat muka aku..



Tapi banyak kontrovesi pasal Kotakoti ni.. Ramai orang kata kesemua gambar dia edit or photoshop (Expert in Editing), ianya palsu semata-mata supaya dalam gambar dan video nampak cute dan cantik.. (Budget cun macam Barbie kononnya..)  Ramai orang gelar dia "The Fake Barbie Doll.." Tapi rasa macam nak ignore ja kata-kata sumbang.. Sebab dia cute sangat, standard la bila dah makeup memang nampak cantik macam patung...


( Bukan niat nak menggatal )
Dakota Rose memang fames dekat Jepun & Korea kerana kecantikan dia dan kecomelan dia yang aaaaaaaa... Comelnyaaaa..... Mahunya tak fames nama pun cute macam Barbie Doll, dalam blog dia ada mengatakan life dia sama dengan Barbie.. (Masuk bakul angkat sendiri jugak budak ni..)  Tapi tentang keasliannya aku tak pasti.. Kita tak tahu hati orang, kemungkinan jugak orang sekeliling cemburu dengan kecantikan dia or sememangnya kenyataan yang diberi tu betul.. Wallahhualam...


Lumrah orang perempuan yang sentiasa nak kan cantik and perfect.. Tapi mesti ada makhluk yang bersuara sumbang menyatakan negative dekat orang yang sedang naik tinggi menggunung.. Itu dah menjadi Lumrah Dunia, tak boleh tengok orang lain lebih.. Kalu nak naik sama.. Usaha sendiri lah, jangan kacau orang..

Tapi kita sebagai muslimah seharusnya mengikut hukum syarak dan kecantikan kita hanya untuk SUAMI dan family aje ek.. Sebabnya orang perempuan ni mudah ditaburi fitnah seperti ditaburi air hujan.. Dan kita seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.. Tak payahlah nak riak dan angkuh dengan ciptaanNya.. Rasanya kalau kita natural beauty lagi selesa, tak pakai berbulu mata bagai.. Nak makeup sikit-sikit pun dah memadai, tak yah bertebal sampai 1 inch..

Firman Allah S.W.T :
Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di lautan dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.
( Surah Al-Isra : 70 )

Maka wajar bagi manusia membalas kepadaNya melalui 3 bentuk :
- Bersyukur Kepada Allah S.W.T dengan memujiNya diatas nikmat yang diberi..

- Tidak menyalah gunakan dengan kecantikan kita untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T..

- Wajib menjaga bentuk rupa sebagaimana dijadikan oleh Allah S.W.T dengan menjauhkan diri dari perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadianNya..



Thanks for reading...