Thursday 28 February 2013

Sahabat

Assalamualaikum..

Kaulah yang selalu, Selalu menemaniku
Mendengar kisahku, Pahit Manis hidupku
Kaulah yang disitu, Setia menungguku
Kaulah yang satu, Menjadi SAHABATku..
By : Najwa Latif




Facebook..
Tiap album ada ja upload gambar dengan kawan sekolah, sekolej, sepejabat, Best Friends, (BFF) Best Friends Forever.. Spend time together at cinema, karoke, warung Pak Usop, blablabla..  Apa motif aku.???( Saja gatal )   Actually sometime aku rasa cemburu tengok satu group berkelompok bergelak sakan, bertepuk tampar, calit ais cream dekat muka  (-_- " ) BFF katanya,,  bila lalu buat muka selambau like nothing walaupun hati bengkak dek sengatan tebuan.. *tak da kena mengena*

Aku memang tak da banyak kawan even BFF..  Maybe aku seorang pemalas tahap gaban untuk keluar rumah untuk bersosial secara sihat mahupun dalam bilik sendiri, kedengaran sungguh sadiss.. or Maybe aku sangat pemalu kot.. Ok sangat perasan..!



Macam-macam aku dengar ORANG KATA :

Ada yang kata BORING bercakap dengan ak "Sepatah ditanya, sepatah dijawab, banyakkan sengih cam kambing"  Tengah rancak bersembang, rasa topic tak sekepala dengan tetiba keadaan dingin seolah malaikat lalu sebentar.. Aku faham dan kesian orang yang duduk sebelah aku mesti rasa awkward kan.. Hahahaha... *tak lawak pun*  Maap ler memang sejak dari azali lagi aku cam ni, pasrah je la, kalau tetiba peramah kang litang-pukang pulak berlari..

Ada juga buat spekulasi kata aku ni SOMBONG.. Ambil perhatiaan tuan-tuan, puan-puan "Aku bukan SOMBONG .!!" Maybe bila jumpa dengan kawan dulu-dulu in immediately i'm changed into Inspector yang bertauliah, displin, alert susah percayakan manusia dihadapanku kot,, tolong mengerti.. My experiance buatkan lebih berhati-hati dalam tiap pergaulan.. Rambut sama hitam, Hati ????  But still some other people not understand in my situation and love to judge people.. Dan aku.?  Kapit telinga buat derr ja, lantak laa.. Pernah dengar..

"Kawan Makan Kawan.."  or  "Kawan Tikam Dari Belakang.."  or  "Busuk Hati"

Bila terjadi pada diri aku,  orang yang percayai, sayangi, tempat meluahkan perasaan..  Bengang tahap dewa, bila persahabatan terputus dan dipulaukan Best Friends sendiri.. Then, aku malas berkawan atau bercakap dengan manusia sekeliling, susah nak cari sahabat yang betul-betul ikhlas dengan kita.. Terus dilanda trauma..  T_T



**********************************



One day,  I meet this girl.. 3in1  peramah, penyayang, caring.. Macam takut nak berkawan.. Nak ka,, Tak mau kawan ka ?? *otak kebudakan yang penuh kejahilan*  Aku kan anak 'dato' kepada cucu-cucunya.. Muehehehe.. Mengada tuii..  Lama-kelamaan tu terpancar keikhlasannya walaupun tak pernah kenal, then kami mula rapat since 2008 we meet at school and our friendship still remained till today.. Sometime orang kata kami selalu bergaduh (anjing ngan kucing), nampak kasar macam fighter tapi tak, hati dia baik suka tolong orang, sentiasa memahami situation aku dan pandai simpan rahsia itu yang penting.. Haha..

But something unique about her, her attitude can changeable in a minute   ( '-_-)
Penyayang seperti seorang ibu yang memberi nasihat kepada anaknya, dan aku mendengarnya sambil mengambil biskut yang hanya tinggal sepaket,  tiba-tiba dia berubah menjadi kakak tiri yang garang.. Keesokan hari belikan 1 tin biskut baru,  tiba-tiba dia berubah menjadi adik yang manja dannn bila dah kenyang in a second tukar jadi minah yang sengal..? suka cakap nonsense... blablablabla.... Mula-mula pelik tapi lama-lama sayang dia sangat..



Persahabatan kami, aku dapat pengajaran yang bermakna..
Baru aku faham apa erti persahabatan dan siapa SAHABAT yang sebenar..  Bila senang dia selalu bersama, Bila susah dia selalu teman dan beri semangat.. Bila aku menangis dia peluk.. Bila aku ambik biskut dia tampar tangan aku.. (-_- " )   Normal situation.. Dalam asrama macam-macam boleh jadi, bila kelaparan seperti godzilla yang kehabisan stock biscut or meggi..

Even kami jarang jumpa sejak habis sekolah,  masing-masing sibuk dengan keja,  rumah pulak jauh 30km dan gambar kami langsung tak da dalam FB, dalam handphone sekalipun,, but we still close like before this and i'm happy ada kawan sejati macam dia, bersyukur sangat.. Because of her, pemikiran aku berubah menjadi lebih matang dan boleh berfikir lebih waras..hehe.. Nak tergelak bila kenang zaman jahiliah dulu..Amat memalukan..-sigh-

Bila berkawan kena berhati-hati jangan cepat terlalu percayakan seseorang,
*Jangan la pulak tak percaya langsung, itu macam nak minta penampor lelaju*
Harus pandai memilih rakan, itu yang paling penting kadang-kala seseorang itu boleh membimbing kita..

Dan dia.... 

Satu-satunya BFF aku, On 2nd Feb hari bersejarah buat SITI ZULIATY..  Baru kahwin, nanti bunting.. Dan aku baru terhegeh-hegeh nak post.. Bhahahaha..  Kejap ja masa berlalu,,  now 2013 macam baru semalam ja dia tampar tangan aku ambil biskut dia... Macam tak percaya pulak.. Hehe..



Selamat Pengantin Baru.. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat pada Ct & suami tercinta dan berkekalan till Akhirat.. Aamiin...  I'm happy for you dear.!!  ;) 

p/s : Kepada Akak Uien, Kak Syeera and Kak Sabarini love uollos soo much.!! And thanks for everything..



Thanks for reading.!!

Thursday 14 February 2013

Valentine's Day

Assalamualaikum,

Untuk hari kekasih pada hari ini saya hendak tujukan kepada pakwe saya yang agak handsome macam Aaron Aziz, nak ucapkan Happy Valentine Day and I Love U so much.. Malam ni jangan lupa pakai baju sama kaler tau, kita ada date, i nak jumpa u nakk.. Mmmmuuuuu........  T_T    *Sila penampor kiri kanan laju-laju*  Nak kata bangang idak, tak cukup akal mengguris hati manusia pulak..

Ya... Semua ada pakwe, makwe, scandal, kekasih hitam, blabla...... Perlu ke sambut hari kekasih '14 February' untuk tunjukkan kasih sayang kita, kenapa ? hari lain tak da kasih sayang dah.?? Macam mana pulak dengan perarakan Maulidul Rasul,, pernah sambut..?? Tetiba Ustazah ni over pulak, nyampah.! Dalam islam kasih sayang perlu ditunjuk setiap hari, bukan hanya tunjuk setahun sekali   "bagi bukan mahram jangan over sangat.." Haram kita sambut.!


( Pic by Mr.Google )
Ada sesetengah umat islam tidak tahu menahu tentang sebalik sejarah Valentine Day, menyambut hanya sekadar suka-suka bagi bunga, kad, sebab apa.?? Dah amoi jual tepi jalan, beli je la kann.. Menyanyi lagu ombak rindu sambil melutut depan public.. (-_-" ) Ada yang kata boleh sambut, ada yang kata tidak boleh sambut.. Confuse kan, seribu satu persoalan.. Hmmm dah besar panjang kan fikir la mana yang terbaik.. 

Tanya pada diri sendiri..
Perlukah aku mengikut jejak budaya Yahudi dan Nasrani...??



Hujah e-FATWA (JAKIM) : 

"Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasullah s.a.w : "


من تشبه بقوم فهو منهم
"Sesiapa yang meniru sesuatu kaum adalah salah seorang daripada mereka."
( Riwayat Abu Daud )

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


"Kebanyakkan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine's Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang."

Tetapi hujah bagi Nasarudin sebaliknya..  Wallahua'lam...!




Pesanan seikhlas-ikhlasnya dari saya :

Kepada umat Islam sedunia SAY NO TO VALENTINE'S DAY.!!!
Seelok-eloknya tak payah la kita menyambut Hari Kekasih kerana ianya berunsurkan perayaan Christian..

Andai ada tersilap kata, error typing or anything, ampunkan saya dan selamat hari raya.. Yang baik dari Allah S.W.T,  yang buruk dari saya.. Sekian pidatoku.. Hari ini...

P/S : Ruangan blog ini tak da kaitan dengan politik-molitik.. Jika nak berdebat politik sila nyah dari sini.. PAHAM.!!



Thanks for reading.!!