Friday, 22 March 2013

Women with Mirror


Assalamualaikum,

Aaaaarrrrrrr..!! Kulit kusam, Blackhead, Eyebag, Pimple, Wrinkle, harus Boxtox ni..... Ini dikatakan perempuan bila menghadap cermin yang langsung tak boleh terima hakikat rupa yang sebenar pabila bangun tidur.. Dan ianya adalah salah seorang daripada aku.. Bhahahahaha.. *Nyampah.!*  Tapi tu bukan topicnya yang nak disampaikan, ada satu benda yang kita lupa bila berhadapan dengan cermin iaitu  Makeup.? Blusher.? or Lipstick.?? Hmm.???



"Lambat dah ni balak aku tunggu kat luaq, sat majok pulak.."

Terpandang sekali lagi di cermin...
"Eh Eh... Elok kah aku.?? Hmmmmmm.....Nampak buruk laa.." 




Don't believe me.. Huh?? Check this :


Kan.? Pandai-pandai pikiaq sendiri.. First thing is DOA, when you stand in front of mirror..


Kena engat, kita bukan bersendirian.. Ada yang sentiasa disebelah kita yang tak akan putus-putus memujuk, mengutuk, menyesat dan merosakkan otak saraf kita..

Bacalah sebelum anda dibacakan oleh "mamat" itu :



P/s : Takut terlupa.?? Tampal lah di cermin anda.. Sharing is i'm Loving you..  Hewhew.. 




Thanks for reading.!!

Thursday, 28 February 2013

Sahabat

Assalamualaikum..

Kaulah yang selalu, Selalu menemaniku
Mendengar kisahku, Pahit Manis hidupku
Kaulah yang disitu, Setia menungguku
Kaulah yang satu, Menjadi SAHABATku..
By : Najwa Latif




Facebook..
Tiap album ada ja upload gambar dengan kawan sekolah, sekolej, sepejabat, Best Friends, (BFF) Best Friends Forever.. Spend time together at cinema, karoke, warung Pak Usop, blablabla..  Apa motif aku.???( Saja gatal )   Actually sometime aku rasa cemburu tengok satu group berkelompok bergelak sakan, bertepuk tampar, calit ais cream dekat muka  (-_- " ) BFF katanya,,  bila lalu buat muka selambau like nothing walaupun hati bengkak dek sengatan tebuan.. *tak da kena mengena*

Aku memang tak da banyak kawan even BFF..  Maybe aku seorang pemalas tahap gaban untuk keluar rumah untuk bersosial secara sihat mahupun dalam bilik sendiri, kedengaran sungguh sadiss.. or Maybe aku sangat pemalu kot.. Ok sangat perasan..!



Macam-macam aku dengar ORANG KATA :

Ada yang kata BORING bercakap dengan ak "Sepatah ditanya, sepatah dijawab, banyakkan sengih cam kambing"  Tengah rancak bersembang, rasa topic tak sekepala dengan tetiba keadaan dingin seolah malaikat lalu sebentar.. Aku faham dan kesian orang yang duduk sebelah aku mesti rasa awkward kan.. Hahahaha... *tak lawak pun*  Maap ler memang sejak dari azali lagi aku cam ni, pasrah je la, kalau tetiba peramah kang litang-pukang pulak berlari..

Ada juga buat spekulasi kata aku ni SOMBONG.. Ambil perhatiaan tuan-tuan, puan-puan "Aku bukan SOMBONG .!!" Maybe bila jumpa dengan kawan dulu-dulu in immediately i'm changed into Inspector yang bertauliah, displin, alert susah percayakan manusia dihadapanku kot,, tolong mengerti.. My experiance buatkan lebih berhati-hati dalam tiap pergaulan.. Rambut sama hitam, Hati ????  But still some other people not understand in my situation and love to judge people.. Dan aku.?  Kapit telinga buat derr ja, lantak laa.. Pernah dengar..

"Kawan Makan Kawan.."  or  "Kawan Tikam Dari Belakang.."  or  "Busuk Hati"

Bila terjadi pada diri aku,  orang yang percayai, sayangi, tempat meluahkan perasaan..  Bengang tahap dewa, bila persahabatan terputus dan dipulaukan Best Friends sendiri.. Then, aku malas berkawan atau bercakap dengan manusia sekeliling, susah nak cari sahabat yang betul-betul ikhlas dengan kita.. Terus dilanda trauma..  T_T



**********************************



One day,  I meet this girl.. 3in1  peramah, penyayang, caring.. Macam takut nak berkawan.. Nak ka,, Tak mau kawan ka ?? *otak kebudakan yang penuh kejahilan*  Aku kan anak 'dato' kepada cucu-cucunya.. Muehehehe.. Mengada tuii..  Lama-kelamaan tu terpancar keikhlasannya walaupun tak pernah kenal, then kami mula rapat since 2008 we meet at school and our friendship still remained till today.. Sometime orang kata kami selalu bergaduh (anjing ngan kucing), nampak kasar macam fighter tapi tak, hati dia baik suka tolong orang, sentiasa memahami situation aku dan pandai simpan rahsia itu yang penting.. Haha..

But something unique about her, her attitude can changeable in a minute   ( '-_-)
Penyayang seperti seorang ibu yang memberi nasihat kepada anaknya, dan aku mendengarnya sambil mengambil biskut yang hanya tinggal sepaket,  tiba-tiba dia berubah menjadi kakak tiri yang garang.. Keesokan hari belikan 1 tin biskut baru,  tiba-tiba dia berubah menjadi adik yang manja dannn bila dah kenyang in a second tukar jadi minah yang sengal..? suka cakap nonsense... blablablabla.... Mula-mula pelik tapi lama-lama sayang dia sangat..



Persahabatan kami, aku dapat pengajaran yang bermakna..
Baru aku faham apa erti persahabatan dan siapa SAHABAT yang sebenar..  Bila senang dia selalu bersama, Bila susah dia selalu teman dan beri semangat.. Bila aku menangis dia peluk.. Bila aku ambik biskut dia tampar tangan aku.. (-_- " )   Normal situation.. Dalam asrama macam-macam boleh jadi, bila kelaparan seperti godzilla yang kehabisan stock biscut or meggi..

Even kami jarang jumpa sejak habis sekolah,  masing-masing sibuk dengan keja,  rumah pulak jauh 30km dan gambar kami langsung tak da dalam FB, dalam handphone sekalipun,, but we still close like before this and i'm happy ada kawan sejati macam dia, bersyukur sangat.. Because of her, pemikiran aku berubah menjadi lebih matang dan boleh berfikir lebih waras..hehe.. Nak tergelak bila kenang zaman jahiliah dulu..Amat memalukan..-sigh-

Bila berkawan kena berhati-hati jangan cepat terlalu percayakan seseorang,
*Jangan la pulak tak percaya langsung, itu macam nak minta penampor lelaju*
Harus pandai memilih rakan, itu yang paling penting kadang-kala seseorang itu boleh membimbing kita..

Dan dia.... 

Satu-satunya BFF aku, On 2nd Feb hari bersejarah buat SITI ZULIATY..  Baru kahwin, nanti bunting.. Dan aku baru terhegeh-hegeh nak post.. Bhahahaha..  Kejap ja masa berlalu,,  now 2013 macam baru semalam ja dia tampar tangan aku ambil biskut dia... Macam tak percaya pulak.. Hehe..



Selamat Pengantin Baru.. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat pada Ct & suami tercinta dan berkekalan till Akhirat.. Aamiin...  I'm happy for you dear.!!  ;) 

p/s : Kepada Akak Uien, Kak Syeera and Kak Sabarini love uollos soo much.!! And thanks for everything..



Thanks for reading.!!

Thursday, 14 February 2013

Valentine's Day

Assalamualaikum,

Untuk hari kekasih pada hari ini saya hendak tujukan kepada pakwe saya yang agak handsome macam Aaron Aziz, nak ucapkan Happy Valentine Day and I Love U so much.. Malam ni jangan lupa pakai baju sama kaler tau, kita ada date, i nak jumpa u nakk.. Mmmmuuuuu........  T_T    *Sila penampor kiri kanan laju-laju*  Nak kata bangang idak, tak cukup akal mengguris hati manusia pulak..

Ya... Semua ada pakwe, makwe, scandal, kekasih hitam, blabla...... Perlu ke sambut hari kekasih '14 February' untuk tunjukkan kasih sayang kita, kenapa ? hari lain tak da kasih sayang dah.?? Macam mana pulak dengan perarakan Maulidul Rasul,, pernah sambut..?? Tetiba Ustazah ni over pulak, nyampah.! Dalam islam kasih sayang perlu ditunjuk setiap hari, bukan hanya tunjuk setahun sekali   "bagi bukan mahram jangan over sangat.." Haram kita sambut.!


( Pic by Mr.Google )
Ada sesetengah umat islam tidak tahu menahu tentang sebalik sejarah Valentine Day, menyambut hanya sekadar suka-suka bagi bunga, kad, sebab apa.?? Dah amoi jual tepi jalan, beli je la kann.. Menyanyi lagu ombak rindu sambil melutut depan public.. (-_-" ) Ada yang kata boleh sambut, ada yang kata tidak boleh sambut.. Confuse kan, seribu satu persoalan.. Hmmm dah besar panjang kan fikir la mana yang terbaik.. 

Tanya pada diri sendiri..
Perlukah aku mengikut jejak budaya Yahudi dan Nasrani...??



Hujah e-FATWA (JAKIM) : 

"Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasullah s.a.w : "


من تشبه بقوم فهو منهم
"Sesiapa yang meniru sesuatu kaum adalah salah seorang daripada mereka."
( Riwayat Abu Daud )

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


"Kebanyakkan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine's Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang."

Tetapi hujah bagi Nasarudin sebaliknya..  Wallahua'lam...!




Pesanan seikhlas-ikhlasnya dari saya :

Kepada umat Islam sedunia SAY NO TO VALENTINE'S DAY.!!!
Seelok-eloknya tak payah la kita menyambut Hari Kekasih kerana ianya berunsurkan perayaan Christian..

Andai ada tersilap kata, error typing or anything, ampunkan saya dan selamat hari raya.. Yang baik dari Allah S.W.T,  yang buruk dari saya.. Sekian pidatoku.. Hari ini...

P/S : Ruangan blog ini tak da kaitan dengan politik-molitik.. Jika nak berdebat politik sila nyah dari sini.. PAHAM.!!



Thanks for reading.!!

Friday, 5 October 2012

Natural Beauty Or Fake.?!!

Assalamualaikum..
Hi..

.. Kecantikan Seseorang Wanita .. 

Adakah ianya asli atau palsu atau dipanggil plastic surgery atau makeup tebal 3inch.. Kenal Barbie doll tak.?? Sapa pernah main benda alah ni....
Minah ni wat tanya lak, Wahal kecik-kecik dia yang tergedik-gedik ngangis guling-guling atas lantai shopping mall nak barbiee....
Eh eh aku cakap pasal se.. se.. sapa nih..  -Tak nak ngaku-

Tapi bila dah meningkat dewasa.. Teringin nak jadi cantik macam barbie doll.. Tak boleh dinafikan sebab kehidupan orang perempuan memang dah sebati dengan makeup.. (Termasuk aku)   Siap dengan tutorial makeup dekat Youtube lagi tuh.. Tak pe, orang tua-tua kata peturunkan ilmu sambil mencari rejeki.. (Selam minum air)  Yang buatkan akhu nahik heran sangat.. Ape hal la nak sangat jadi Barbie doll terus.?? Chucky tak nak jadi plak... (Cik Bunga yang comel aje yang sudi makeup..) I sallut you bunga.!! Tapi ada yang terlalu obseso nak try jadi Barbie Doll..

Actually ada 3 aweks yang buatkan aku betul-betul terpegun dan minat untuk selam internet search pasal diaorang.. Seriusly diaorang terlalu cantik, cun and cute sangat bagi aku.. Tapi ori ke or copy paste ke..?? Apa yang aku meraban aku pun tak paham..



Baru-baru ni ada keluar news about this Ukraine girl yang bernama Anastasiya Shpagina, 19 years old.. Makeupnya ala anime Flower Fairy.. Katenyer di dalam facebook " I'm not a like a doll, a doll is like me "..
Mentang-mentang dah femes... ( -_-" )
First time aku tengok.. Mak i pandai giler siot dia makeup.. seriusly macam anime Jepang, memang terpegun ku melihat hasil lukisannya yang halus..

Tapii... lama-lama aku menengok naik serem plak, sekali pandang juling pun ada..
Eeee.. jahat muhot kau eyla.. Juling-juling air jer kot... Muehehehe.. ^^




Then... Patung Barbie Doll ni kawan dia.. Namanya Valeria Lukyanova jugak berasal dari Ukraine, 21 years old.. Valeria ni memang sejibik macam Barbie, orang kata life dia pun dah macam Barbie, orang gelar dia "Human Barbie Doll"
First time aku tengok nak tersembol mato den.. Indahnya ciptaan tuhan, bila try search dalam Mr.Google.. Ek eleh ciplak..  (Sonok kau eyla mengomen orang..)

Boleh tahan cun jugak lar.. Depands on her makeup kekadang nampak barbie, kekadang nampak lain.. Tapi dia tetap nampak cantik lar.. Mahunya tak comel model Rusia la kata kann....


Sememangnya diaorang ni cantik tapi keaslian dan kesahihannya masih jadi tanda tanya sebabnya ada gambar dahulu dan sekarang teramatlah berbeza.. Wallahhualam.... Apa kata.. Kita cuba try simbah makeup remover dekat diaorang.. Compom dapat jawapan, mesti cun kan.. Hakss.!! Luntur segala ketebalan lukisan dimukamu hanya tinggal natural beauty..




And the last girl yang buatkan aku betul-betul terpegun dan cair tengok muka dia.... Dan tak jemu-jemu aku menengok dia, sampaikan asyik menyebut nama dia.. Kalah orang bercinta.. (Aku memang tak boleh nengok orang cute, mula la panas bontot..) Comelnyaaa... Aaaaaaa....

"Dakota Rose" atau dikenali "Kotakoti".. Aweks ni mix.. US + Jepun = JepUs, she 17 years old.. Seriusly memang comel sangat.. mimik muka dia dalam Youtube yang cute.. Alaahai... Bertuah sapa dapat buat dia jadi bini, sejuk mata memandang ek.. Tapi kalau tido dia makeup jugak ker.????

Comelnyaaa... Suka sangat.!!! ( ^-^ )
Nak jer aku robek muka dia then tampal kat muka aku..



Tapi banyak kontrovesi pasal Kotakoti ni.. Ramai orang kata kesemua gambar dia edit or photoshop (Expert in Editing), ianya palsu semata-mata supaya dalam gambar dan video nampak cute dan cantik.. (Budget cun macam Barbie kononnya..)  Ramai orang gelar dia "The Fake Barbie Doll.." Tapi rasa macam nak ignore ja kata-kata sumbang.. Sebab dia cute sangat, standard la bila dah makeup memang nampak cantik macam patung...


( Bukan niat nak menggatal )
Dakota Rose memang fames dekat Jepun & Korea kerana kecantikan dia dan kecomelan dia yang aaaaaaaa... Comelnyaaaa..... Mahunya tak fames nama pun cute macam Barbie Doll, dalam blog dia ada mengatakan life dia sama dengan Barbie.. (Masuk bakul angkat sendiri jugak budak ni..)  Tapi tentang keasliannya aku tak pasti.. Kita tak tahu hati orang, kemungkinan jugak orang sekeliling cemburu dengan kecantikan dia or sememangnya kenyataan yang diberi tu betul.. Wallahhualam...


Lumrah orang perempuan yang sentiasa nak kan cantik and perfect.. Tapi mesti ada makhluk yang bersuara sumbang menyatakan negative dekat orang yang sedang naik tinggi menggunung.. Itu dah menjadi Lumrah Dunia, tak boleh tengok orang lain lebih.. Kalu nak naik sama.. Usaha sendiri lah, jangan kacau orang..

Tapi kita sebagai muslimah seharusnya mengikut hukum syarak dan kecantikan kita hanya untuk SUAMI dan family aje ek.. Sebabnya orang perempuan ni mudah ditaburi fitnah seperti ditaburi air hujan.. Dan kita seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.. Tak payahlah nak riak dan angkuh dengan ciptaanNya.. Rasanya kalau kita natural beauty lagi selesa, tak pakai berbulu mata bagai.. Nak makeup sikit-sikit pun dah memadai, tak yah bertebal sampai 1 inch..

Firman Allah S.W.T :
Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di lautan dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.
( Surah Al-Isra : 70 )

Maka wajar bagi manusia membalas kepadaNya melalui 3 bentuk :
- Bersyukur Kepada Allah S.W.T dengan memujiNya diatas nikmat yang diberi..

- Tidak menyalah gunakan dengan kecantikan kita untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T..

- Wajib menjaga bentuk rupa sebagaimana dijadikan oleh Allah S.W.T dengan menjauhkan diri dari perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadianNya..



Thanks for reading...


Thursday, 16 August 2012

CORNFLAKES CHOKELAT "Compom Melekat & Maniss"

Assalamualaikumm..

Ellop..

Cornflakes Chokolat
Muallaa.!!

Kuih ni memang sah lincin kalu tak disorok sebabnya banyak piranha berkeliaran dalam umah nihh.. Sah kata puasa, melantak sesungguh kann... Itu tandanya air tangan aku ni memang PRO larr.. Muahahahaha (bangga la sangat).. PROpa la engkau eyyla.. choii.!! Berbalik balik pada recepi kuih nih..
Rasanya ala-ala chokelat ROKA katanyeer.. hehe..

p/s : Kepada sesiapa yang last minute memang tak sempat nak buat kuih.. Boleh la buat kuih ni yerr, sebabnyer cepat dan sonang.. Otak pun tak pening-pening lalat..



Bahan yang diperlukan :
Cornflake - 1 box
Chokelat Cooking - 4 Papan / Bar
Chokelat Cadbury's Daily Milk - 1 Papan / Bar
Planta / Magerin
Peanut Jem
Papercup


Caranya :
Mula-mula ramas cornflakes (jangan terlalu hancur)..

Cara A :

1. Ambil periuk kecil, masukan 2 Bar Chokelat Cooking dan separuh ja Chokelat Cadbury's terlebih dahulu, masukan Planta 5 sudu besar dan 2 sudu besar Peanut Jem..

2. Kemudian ambil periuk besar yang berisi air, panaskan..
Dan letakkan periuk kecil tadi ke dalam air..
Kacau.. Kacau... Kacau sampai sebatii...





Cara B :

1. Masukkan cornflake didalam mangkuk dan campurkan sedikit jer chokelat
( Jangan masukkan kesemua chokelat, nanti tak lekat ).. Lakukan sikit demi sedikit.. Gaul.. Gaul... Gaul sampai sebati....

(First Step)
2. Sediakan papercup masukkan cornflake (make sure letakkan separuh jaa dalam cup...) And ambil chokelat berlebihan tadi masukkan sedikit diatasnya..
                                                                                                                     (Second Step)
3. Masukkan lagi cornflakes yang telah digaul dengan chokelat tadi and taburkannya.. Lakukan berulang kali sampai chokelat berlebihan tadi habis..

4. Than biarkan ia sejuk dan keras, simpan dalam bekas kedap udara yaa..

EHEM.!! Ada chokelat yang tak dimasakkan lagi kann.??
Soo.. Masak chokelat dan lakukan sekali lagi seperti Cara A dan Cara B sampai habis..

PERINGATAN
Masukkan ingredients dan quantity dan cara yang sama seperti Cara A & B..
Oriett..?? Insyaallah maybe dapat dalam 100 biji atau lebih sikit kot.. ^-^



Thanks for readings..
Selamat Mencuba & Selamat Hari Raya.. :D

Thursday, 26 July 2012

Promotion.!! Naturactor Murah..!!!

Assalamualaikum...

Hi,
Actually i ada information nak beritahu dekat semmuaaa orang.. Memandangkan kita sekarang di bulan Ramadhan dan Syawal tak lama lagi akan tibaa.. Dann saya nak buat PROMOTION untuk Hari Raya..!!
Ingin tampak lebih cantik menarik tetarik pada hari raya pertama sila rujuk dibawah.. Heee..

Harga sebelom promosi RM40..

Sempena Hari Raya ni, buat pertama kalinya saya menjual Naturactor Foundation harga serendah RM38.00 Terendah rendah rendah dipasaran tauu.. Promosi bermula 27Jul - 15Aug 2012.. Segala pertanyaan sila EMAIL saya di

cupakoopa@yahoo.com

Nak tahu lebih lebih atau melebih-lebih.. Tekan dekat sini. WAJIB.!! ini paksaan.. Heee..
Cupakoopa


Thanks for reading.!!


Friday, 20 July 2012

Welcome Ramadhan.!!



Assalamualaikum..


Pejam celik..Pejam celik.. Bulan Ramadhan sudah menjelang.. Bulan yang mulia ini semua umat islam mengejar-ngejar untuk banyakkan ibadah kerana ganjarannya tidak terhingga, pahalanya berlipat ganda.. Seluas-luas pintu syurga dibuka, serapat-rapat pintu neraka ditutup.. Segala doa kita mustajab.. Diampuni segala dosa-dosa yang lalu.. Orang yang berpuasa dimasukkan ke
syurga Ar-Rayyan..

Yesterday.. When i'm listen Qasidah songs and i found this video in youtube
"Ramadhan Nasheed by Mishary Alafasy"
Its was heartbreaking even though i don't understand sepatah harem punn..
Hekss... Seriously memang touching hatiku..


Please listen to this..




Bawah ni Doa Berpusa, Berbuka dan Selepas Berbuka..

Lafaz Niat Puasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.





Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.




Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.



Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum-sebelum ni.. Moga kita mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan mendapat syafaat dari Rasullulah S.A.W.. 
Amin..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK



Thanks for reading..