Thursday 14 February 2013

Valentine's Day

Assalamualaikum,

Untuk hari kekasih pada hari ini saya hendak tujukan kepada pakwe saya yang agak handsome macam Aaron Aziz, nak ucapkan Happy Valentine Day and I Love U so much.. Malam ni jangan lupa pakai baju sama kaler tau, kita ada date, i nak jumpa u nakk.. Mmmmuuuuu........  T_T    *Sila penampor kiri kanan laju-laju*  Nak kata bangang idak, tak cukup akal mengguris hati manusia pulak..

Ya... Semua ada pakwe, makwe, scandal, kekasih hitam, blabla...... Perlu ke sambut hari kekasih '14 February' untuk tunjukkan kasih sayang kita, kenapa ? hari lain tak da kasih sayang dah.?? Macam mana pulak dengan perarakan Maulidul Rasul,, pernah sambut..?? Tetiba Ustazah ni over pulak, nyampah.! Dalam islam kasih sayang perlu ditunjuk setiap hari, bukan hanya tunjuk setahun sekali   "bagi bukan mahram jangan over sangat.." Haram kita sambut.!


( Pic by Mr.Google )
Ada sesetengah umat islam tidak tahu menahu tentang sebalik sejarah Valentine Day, menyambut hanya sekadar suka-suka bagi bunga, kad, sebab apa.?? Dah amoi jual tepi jalan, beli je la kann.. Menyanyi lagu ombak rindu sambil melutut depan public.. (-_-" ) Ada yang kata boleh sambut, ada yang kata tidak boleh sambut.. Confuse kan, seribu satu persoalan.. Hmmm dah besar panjang kan fikir la mana yang terbaik.. 

Tanya pada diri sendiri..
Perlukah aku mengikut jejak budaya Yahudi dan Nasrani...??



Hujah e-FATWA (JAKIM) : 

"Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasullah s.a.w : "


من تشبه بقوم فهو منهم
"Sesiapa yang meniru sesuatu kaum adalah salah seorang daripada mereka."
( Riwayat Abu Daud )

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


"Kebanyakkan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine's Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang."

Tetapi hujah bagi Nasarudin sebaliknya..  Wallahua'lam...!




Pesanan seikhlas-ikhlasnya dari saya :

Kepada umat Islam sedunia SAY NO TO VALENTINE'S DAY.!!!
Seelok-eloknya tak payah la kita menyambut Hari Kekasih kerana ianya berunsurkan perayaan Christian..

Andai ada tersilap kata, error typing or anything, ampunkan saya dan selamat hari raya.. Yang baik dari Allah S.W.T,  yang buruk dari saya.. Sekian pidatoku.. Hari ini...

P/S : Ruangan blog ini tak da kaitan dengan politik-molitik.. Jika nak berdebat politik sila nyah dari sini.. PAHAM.!!



Thanks for reading.!!

2 comments:

  1. Tak pernah pun sambut Hari Kekasih. Tah hape2 je. Dari sambut Hari Kekasih, baik sambut Hari Kekasih Allah kan. :)

    ReplyDelete